Rabu, 19 Ogos 2009

Menjadi Ibu dan isteri mithali

Asalamualaikum kepada isteriku dan ibu kepada anak-anak villaza..Pertamanya kesyukuran ku panjatkan kepadaNya kerana kita ditemukan jodoh, sepakat sehati dan sejiwa maka kita bina mahligai istana kasih di dunia ini.Rumahtangga kita Villaza akhirnya terbina dan kini diwarnai dengan kecoh dan binggit bising anak-anak kita yang juga merupakan anugerah dan titipan Allah kepada kita. wai ! isteriku, tidakkah begitu besar syukur atas luar biasa kuasaNya dengan memberi itu kepada kita berdua. Meraka bisa bersuara, berkata dan bergerak seperti kita.Apapun yang paling istemewa ialah kita melihat mereka ada perasaan dan naluri ingin disayangi dan dimanja. Jika mereka punyai perasaan dan hati marilah isteriku bentuk mereka agar menjadi hamba Allah yang benar-benar bergelar manusia. Lantas esok panjang umur mereka dapat mengabdi kepadaNya, menjaga kita dihari-hari tua yang akan mendatang jika ada umur diberi.

Untuk itu dalam paparan ruang catatan kali ini, bacalah maklumat ini hai isteri tercinta, juga kepada sesiapa pengunjung blog ezawarna yang budiman. Hendaknya jika ada ilmu sebarkan. Saya hanya memetik maklumat ini menerusi laman internet yang menawrkan pelbagai maklumat yang berguna jika dimanafaatkan. Salam sayang pada mu isteriku dan doalah agar kita bahagia hingga akhir zaman. Anak-anak dibersihkan jiwaraga mereka dan menjadi insan yang solleh dan solleha. InsyaAllah. Salam..



Siapakah wanita yang layak dipanggil ibu mithali, isteri sejati? Adakah anda, saya ataupun wanita-wanita lain di dunia ini. Marilah kita analisa diri kita sejauh mana kita mencapai ke peringkat tersebut dengan berpandukan analisis yang diberikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah. Beliau menjelaskan penganalisisan diri perlu bagi ibu mithali dan isteri sejati dalam membentuk sebuah rumahtangga harmoni.




Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti:-
* Berdoa memohon keredhaan Allah.
* Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumah tangga.
* Membersihkan hati dan pemikiran.
* Membina kebahagiaan secara proaktif.
* Mendidik diri sendiri.
* Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan
al-mawaddah(kasih sayang) dan ar-rahmah (kasih-mengasihani).
* Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul.
* Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumahtangga.
* Membina rumah tangga berasaskan al-Mu’asyarah bil makruf
(pergaulan dan hidup bersama secara baik dan diredhai Allah).
* Pembangunan fizikal dan kesihatan.
* Muhasabah diri.

Oleh itu, di manakah diri kita. Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, saya ucapkan SYABAS! Namun begitu, ia masih tidak mencukupi lagi. Ada beberapa perkara lagi yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai tahap IBU MITHALI ISTERI SEJATI!!!

Menurut beliau lagi, seseorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu:-
1) Positif terhadap perubahan.
2) Positif terhadap diri sendiri.
3) Positif terhadap kepimpinan.
4) Positif terhadap masalah.
5) Positif terhadap orang lain.
6) Positif terhadap keadaan emosi.
7) Positif terhadap idea kreatif.
8) Positif terhadap membuat keputusan.
9) Positif terhadap qada’ dan qadar.

Selain daripada itu beliau juga turut menggariskan beberapa petua untuk menjadi ibu mithali. Antaranya ialah :-
- Analisis diri daripada pandangan anak.
- Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi.
- Bercakap benar.
- Kotakan kata-kata.
- Didik anak mengenai kemahiran sosial.
- Gunakan masa jitu untuk mengajar.
- Wujudkan suasana positif dalam rumah tangga.
- Gunakan belaian positif lebih daripada negatif.
- Padam rekod negatif dalam pemikiran anak.
- Melatih anak berfikir.
- Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman.
- Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga.
- Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus.
- Hidupkan sunnah dalam rumah tangga.
- Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah.
- Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.

Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai berbagai peranan dalam rumah tangga. Paling penting adalah sebagai :-
*Pendidik keluarga.
*Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan rumah tangga.
*Penasihat.
*Doktor dan jururawat.
*Mendisiplinkan anak-anak.
*Kawan atau sahabat.
*Penyelesai masalah.
*Merangsang perkembangan mental anak-anak.
*Mengawasi perkembangan dan tingkah laku anak.
*Model pada anak-anak.
*Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat.
*Mengawal ekonomi rumah tangga.
*Menjaga harta suami dan keluarga.

Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang boleh dicontohi iaitu :-
1) Ibu menyerlahkan keunikan tersendiri.
2) Tidak ‘berebut kuasa’ dengan anak-anak.
3) Memahami teknik memuji dan mengkritik anak.
4) Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak.
5) Mendidik anak berdikari.
6) Mempunyai nilai diri tinggi.
7) Bersedia meminta maaf daripada anak-anak.
8) Bertindak secara jamaah.
9) Mengorbankan kepentingan peribadi.
10) Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan.
11) Meneroka dan merangsang potensi anak.
12) Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan.
13) Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.




Kesimpulannya, untuk menjadi seorang ibu yang baik, mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlulah mendalami ilmu keisterian. Oleh itu, berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi Ibu Mithali Isteri Sejati.


* sumber : www.mymasjid.com.my

Read more ......

Isnin, 17 Ogos 2009

Kalimah Suci Al-Fatiha

Surah Al- Quran ini saya copy paste di blog pautan yang saya minati.Saya merasa surah ini memberi kita semua kesedaran selepas menghayati tiap kalimahnya.Moga kita dilindungi oleh allah dari segala kejahatan. Amin.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 5

Terjemahan
[5] Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.

[6] Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: Samada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

[7] (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah materaikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

[8] Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

[9] Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
Anda mungkin juga meminati:

AWAS!!! Ayat Bible bukan Al Quran !!!
Aurat Wanita Dari Al-Quran Dan Hadis
Al-Fatihah LinkWithin

Read more ......

Ahad, 16 Ogos 2009

Selamat Berpuasa Muslimin Muslimat 2009

Read more ......

Jumaat, 14 Ogos 2009

Saudara Pupu Anak-Anak Azha Villa Ezawarna



Comelnya anak buah kecik Mikael Rezki. Merupakan anak sulung Leha.Semoga menjadi anak yang soleh.Irfan sedang mendukung Rezki.



Azie sedang mendukung Rezki, rezki baru 5 bulan, dah makan bubur nasi dan menyusu badan. Susu ibu sebaik-baik untuk baby tau!.

Read more ......

Selamat Berpuasa Muslimin Muslimat

Read more ......

Info Kesihatan dan petua Azha Abadi Villa Ezawarna

Ciri-ciri lelaki yang disukai wanita secara umum.


Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki
Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.
Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.
Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya

Read more ......

Khamis, 13 Ogos 2009

Villa Anjung Seri Kurnia Cinta Abadi


Salam kasih setulus hati
Mewangi rasa sayang tak ternilai
Berdiri megah istana kita
Lambang cinta kita bersemi
Villa anjung seri kian utuuk
Hilaitawa zuriat kita bersahutan
Menghiasi jiwa menambat keinsafan
Bahawa kita memiliki segalanya
Kurnia ilahi besar nilainya
Dikala malam sepi menerpa
Villa anjung seri hening damai
Tangan ditadah doa bertali
Hebatnya kuas
Murahnya kasihMu
Syukran ya Ilahi...
Villa anjung seri
Cinta kami bersemi
Abadi berpaut pada rahmatMu.


12hbJun 2009 - ( Majlis Doa Selamat)
Pada hari ini diadakan doa selamat di Villa Anjung Seri. En. Hadimin dijemput ke Villa kami, kak Minah, adik Inab dan adik Bella datang bersama anak-anak masing-masing. Meriah kelihatan anak-anak dapat berjumpa di musim cuti. Kepada Ikmal dan Bibah, hari ahad akan kembali ke Ranau, bapa dan mak doakan keselamatan kamu. Kuatkan usaha untuk berjaya dan jan tinggalkan solat, mintalah doa agar dijauhkan daripada perkara yang jahat. Terima kasih juga kepada orang kampung yang hadir ke majlis doa selamat ini. Syukur kerana Allah berikan kesihatan dan makan minum seadanya. Segala rezeki kita adalah kurnia ilahi.
En. Hadimin Jamburi sedang berbual dengan bapa mentua serta bapa saya pada hari kenduri kesyukuran.

Anak buah Rahsid dan abangnya Azizi juga hadir sama ke majlis doa selamat ini.


Suasana di ruang menonton Villa Anjung Seri selepas jamuan makan, kak Min sedang melayari internet.

Inilah antara lain anak-anak buah yang datang ke majlis doa selamat di Villa Anjung Seri.Salam sayang semua. Nuraliya, Ibnu, afif dan Irfan turut bersama.


Anak buah dari Kauran Keningau, Razal, Razi dan Junjun juga datang sama.Tq

Irfan, Fitri, Razi dan Ibnu Mustaqm. Hensem tak!
BerBersama kak Sapini, Paulina, isteri dan anak-anak buah.

Gaya istemewa tiga saudara pupu. Yg di belakang tu Azie, Liza n Bib's

Salah satu pemanangan di laman Villa Anjung Seri. Semoga bahagia sehingga akhir hayat.



















































Read more ......

Harum kembang bungaan di laman villaza




Assalamualaikum... jika ada pengunjung selain my family, saya ucapkan ribuan terima kasih. Tiada ilmu dalam blog ini, cuma paparan gambar an realiti kehidupan keluarga penghuni villa anjung seri di kaki bukit indah alan Mapua, Keningau. Jika ada ilmu itu semua mengikut tafsiran tiap individu. sesuatu yang saya banggakan ialah, tanpa disedari bunga-bunga dilaman villa kami pada 19.06.09 telah menambah seri hiasan pentas SK. Penagatan semasa pertandingan public speaking peringkat ZP. Saya tanpa merasa malu menyumbang bunga pasuan dari jenis ati-ati dan bunga jenis pakis berdaun halus membawa bunga ke sekolah untuk hiasan pentas. Ternyata pentas bulat menjadi indah mata memandang apabila kombinasi bunga-bungaan ini di letak di sudut pentas bercerita.





Pada saya, kepuasan berbakti kepada bumi tanah, menyemai tanaman hijau amat menyoronokkan. Kiranya ia satu kerja yang sangat berfaedah dan mengisi masa lapang sekaligus kita dapat menanam sikap cintakan alam semulajadi. Kerja ini bukan menuntut masa yang banyak, jika ada masa sekitar 10 minit atau 30 minit sudah cukup sesuai untuk kerja menyiram dan gemburkan tanah di pasuan. Saya penggemar bunga-bungaan dan pencinta alam, memang suka menanam bunga di dalam pasu yang pelbagai saiz mengikut jenis bunga. Ada orang senyum, dan berkata kenapa tidak tanam di tanah terus, saya suka tanam di pasu kerana pasu bunga itu mudah dialihkan. Dah puas di tempat lama kita alihkan pula di tempat yang baru serta nampak cantik mata memandang. Saya bukan saja penggemar bunga tetapi ada pelbagai pokok buahan yang ada antara lain mula di akan buahnya khusus untuk my family.Pokok buah yang palig saya sayang ialah pokok limau purut dan pokok limau kasturi. Baunya harum semerbak. Yang anihnya my limau purut tak henti-henti berbuah lebat. Tapi semua itu kuasa Allah.





Anak kecil kami dah pun 5 tahun, dah pandai angkat air siram bunga bantu saya. Apa tidaknya sambil gendung dia dulu sambil tanam bunga. Sekarang ni dia pandai tanam bunga pula di pasu-pasu kecil. Apapun itu saya ketua rumah villa anjung seri. Saya percaya anda semua ada hobi masing-masing. Saya memang tak larat jalan jauh, rasa penat dan payah naik bukit tuun bukit seperti kawan-kawan lain yang gemar pergi memancing dan memburu. So, nak keluarkan peluh ankat tanah, angkat batu-batu yang cantik terutama yang putih, tebas rumput dan lain-lain akan saya lakukan pada bila-bila masa. sebelum ke tempat kerja tak sah jika tak ke taman bunga dulu, sambil tunggu isteri siap berpakaian ke tempat kerja sempat saya sembur air pada bunga-bungaan kami. Sebelum makan tengahari juga sempat buang rumput di pasu, letak baja dan siram mana yang kering. Tak terbuang masa, sesekali bila rehat di kebun bunga villa anjung serilah tempat membuang masa denganpelbagai kerja yang amat menyoronokkan saya dan juga anak-anak.





Kepada yang terhibur, ada manafaat di blog Villa anjung seri silakanlah jadikan panduan, rumah biasa jika ada bunga yang dijaga baik berseri beb! tak percaya.. cubalah..hari ini. Namun terpulang kepada minat masing-masing, itu realitinya.





Hiasan pentas SKPK semasa tuan rumah public speaking 19.06.2009.


Bunga-bunga hidup milik Villa anjung seri menmabah seri hiasan ini.




Pandangan ruang jalan taman bunga Villa Anjung Seri 2009





Inilah bunga Balung berwarna merah, bentuknya unik dan menarik.



Salah satu jenis spesis bunga di halaman Villa Anjung Seri. Cantik, menarik dan segar mata memandang.





Tentu ramai yang tidak percaya jika saya katakan bahawa baru-baru ini semua spesis bunga daun ini mengeluarkan bunganya. Memang jarang bunga ini keluarkan bunga. Tapi sejak 23.06.2009 bunga di villa anjung seri telah mula kembang. Bunganya warna putih berbentuk star. Kebetulan saja, pada 25.06 hari gaji. So, dalam hati berkata, kebetulan ja bunga ini berbunga time villa anjung seri terima gaji bulan ini. Sebab kata orang bunga ini bawa nasib.

Bersua kembali di ruang harum kembang bunga di taman villaza. Pilihan kali ini ialah sejenis bunga jangka pendek yang di namakan sebagai bunga itik menurut gelaran orang kampung. Kadang kala bunga ini menyerlahkan kecantikannya apa bila di letak di bawah sinar mentari. Saya lihat boleh berubah warnanya, begitu gah dan bertenaga meskipun panas matahari memancar. Di villaza bunga ini liar disana-sini, serta tumbuh bibit baru di pasu-pasu. Satu hari saya tanam di pasu bunga saiz besar. Rupanya bunga itik ini boleh membesar dan mengembangkan ranting-rantingnya serta tak henti mengelarkan bunganya yang unik. Lihatlah pada gambar ini yang di rakam pada 12.07.2009. Bunga ini juga unik pada bentuk serta pelbagai warna bunga seperti purple, pink,putih, merah dan kuning. Bagaimana adakah anda tertarik.

Spesis bunga ini tidak kurang menariknya. Tetap menjadi penyeri laman villaza. Untuk landskap ini memang sesuai di tanam di tanah, bukan di pasu. Bunga ini menjalar dan perlu tanah yang benar-benar subur. Ketika ini di villaza bunga jenis ini sedang kembang bunganya, tidak putus-putus keluarkan bunga. Orang gelar bunga ini bunga pukul 9 kerana tepat jam ini, bunga-bunga spesis ini benar-benar kembang dan sangat menarik, apa lagi dengan gabungan bunga dari warna yang aneka jenis. Unikkan. Subahnnallah itulah ciptaan ilahi. Namun harus diketahui tepat jam 2 petang bunga ini akan kuncup dan tidak lagi menarik pandangan.

Read more ......

Bersua kembali diarena blog ini

Bersua kembali di blog Villaza, inilah keadaan wajah baru kolam hiasan di laman villa selepas ditanam beberapa spesis bunga. Gambar diambil pada 26.7.2009 jam 6 petang.
Ada 6 jenis spesis bunga jenis ati-ati pelbagai corak daun. Bunga ini digemari oleh seisi villa anjung seri. Keunikan corak warna daunnya terserlah bila diletakkan di bawah sinaran matahari. Pada sekitar jam 6 hingga 10.00 pagi kesegaran dan tenaga bunga ini masih kuat, menjelang jam 11.00pg - 3.00 ptg daunnya layu dan kurang cantik dilihat. Namun sekitar jam 4 ptg kesegarannya kembali memukau pandangan. Di Villa boleh tahan dengan lebih 10 spesis ini ditanam. Inilah kehebatan ciptaan Allah, memberi nikmat kepada pencita alam semulajadi dan

mengaggungkan kuasaNya yang luar biasa.



Pokok bunga berdaun panjang ini saya potong semasa cuti sekolah 2 minggu baru-baru ini. Masih segar, saya cuba masukkan di kolam dengan harapan batangnya berakar meskipun dalam air. Jika berjaya pasti ikan-ikan di kolam villa anjung seri seronok menyorok di balik pokok ini untuk berteduh dek panas matahari.


Akan saya khabarkan hasilnya.

Sabtu 21.6.2009 jam 4 petang inilah hasil sentuhan tangan hijau villa anjung seri.
Tanah hitam diletakkan di sepanjang jalan menuju kolam untuk ditanam bunga payung kobinasi warna bunga merah jambu dan putih berbutang merah. Bunga tahi ayam juga ada saya tanam di sini. Tak sabar menunggu rimbunnya bunga2 ini menghias laman villa kami.




Perkataan cristal guna batu-batu putih.Kelihatan juga ikan-ikan berenag-renang di dalam kolam.


Perkataan VILLA ZA dari batu-batuan putih nampak cantik terserlah. Sumber semulajadi
diguna pakai sebagai penghias dalam kolam Villa anjung seri.


Keadaan kolam selepas diletakkan bunga dan tayar terbuang.

Pada masa ini koam sudah di isi ikan, air baru seang naik. Villa anjung seri seterusnya akan meletakkan batu-batu putih ke dalam kolam dengan membentuk perkataan VILLA ZA dan perkataan CRISTAL. Batu-batu putih juga akan di hias ke dalam roda. Ikan-ikan akan akan bermain-main di dalam tayar dan di celah-celah batu putih.






Jalan menuju ke kolam Villa Anjung Seri. Jalan laluan ini telah saya buat pada 13.Jun 2009. Saya telah mengambil batu-batu di mana-mana. Sepanjang laluan ini saya meletakkan pasu bunga dengan pelbagai jenis. Sementara di tepi kanan dan kiri jalanan ini saya letak batu-batu yang di kutip di sungai mapua.





Kolam hiasan di lam villa memang menjadi impian, alhamdulilah siap juga akhirnya. Pada 18.06.2009 kolam ini di isi ikan, pelbagai saiz tetapi ikan yang sama jenis. Putera-puteri Villa anjung Seri nampak sangat happy terutama Nuraliya. Melihat ikan berenang - renang mereka sangat terhibur. Syukur ya Allah engkau abulkan doa kami ini.


Walaupun kecil kolam ini, tapi saya berpuashati dapat menunaikan janji kepada anak-anak dan isteri tersayang, impian merealisasikan kolam ini akhirnya terlaksana jua.


Inilah keadaan kolam hiasan halaman Villa Anjung Seri yang siap pada 10.Jun.2009



Mengabadikan kenangan di tepi kolam Villa Anjung Seri













Spesis bunga kertas jenis melilit dan beberapa jenis bunga lain di hadapan utama Villa Anjung Seri.



Pelbagai spesis milik Villa Anjung Seri



Satu lagi pemandangan kawasan pasuan bunga di Villa Anjung Seri.



Beberapa spesis bunga jenis daun yang di tanam di laman Villa Anjung Seri



Bunga-bungaan di halaman Villa Anjung Seri

Read more ......

Permata Hati Villa Anjung Seri ( Putera Puteri Tersayang)

Nurhabibah bersama Ibunya di luar Villa Anjung Seri pada 14.6.2009








Bapa dan mak mendoakan agar Bibah berjaya mencapai cita2 di dunia dan di akhirat.




Semangat positif untuk bersaing dengan orang lain adalah sebaik-baik pegangan.Apa saja usaha yang ikhlas beserta tawakal dan berserah pada Allah pasti termakbul. InsyaAllah.




Sejak 2006 hingga kini Nurhabibah, merupakan anak pertama kami bersekolah di SMA Mohamad Ali, Ranau. Saya bangga dan merasa bersyukur kerana Bibah betah di sekolah sana biarpun berjauhan dengan family. Doa yang mengiringi Bibah dan Ikmal pada setiap masa, semoga ada sinar kejayaan menanti. Di harap Bibah berusaha sebaik-baiknya, kerana dengan berbekal ilmu pelajaran Bibah dan Ikmal memperolehi ketenangan dan kebahagian di masa depan. Susah sekarang menanam padi, esok lusa menuai padi. Susah dulu masa sekarang, senang kemudian menanti kita, jika rajin berusaha dalam bidang pelajaran. Tumpuan yang sepenuhnya semasa guru mengajar amat penting, ulangkaji semua pelajaran sebaik ada masa senggang. Rebutlah peluang semasa ada kesempatan. Good luck for Bibah di SEMEKAR.




Photo ini diabadikan pada 14.6.2009 sebelum Bibah ke SMEKAR bersama ibunya.
















Sakinah Zulkifle dengan kawannya.





Senymlah selalu kerana senyum itu sedekah. Photo bib's akhir tahun 2007.




Bibah bersama teman-teman rapatnya. Sesungguhnya orang yang berjaya akan merasai manisnya rasa kejayaan itu. Good luck for Bibah n her friends.





Bib's dan sepupunya Eein, semoga berjaya mencapai cita-cita di dunia dan di akhirat.




Cerianya kawan-kawan Bibah dalam gambar ini, semoga berjaya dalam pelajaran.




Mengabadikan kenangan bersama bapa dan adik-adik di Semekar




Mengabadikan kenangan Bib's bersama Ustazah Rupiyah J di SMK A.Mohd Ali Ranau.
Nurhabibah dan Jariah. Waktu ini Bib's terima anugerah terbaik mata pelajaran B.Malaysia di tingkatan 2 2007.



cinta yang bersemi, menjalinkan kasih sayang. Pasangan yang bersatu dalam sebuah mahligai pastinya mengharapkan tangisan anak-anak dan hilai tawa riang mereka. Kami penghuni Villa Anjung Seri bersyukur pada kurniaNya dengan menganugerahkan kami 7 cahaya mata yang menyerikan rumahtangga kami. Tiada sunyi, tiapa sepi dan tiada kebisuan, yang ada ialah keriuhan mereka, tawa riang dan telatah mereka yang bernagai. Mereka ratu hati kami, permata dan yang paling jelas ialah anak-anak kami adalah permata hati dan harta paling besar nilainya. Doa dan harapan dewasalah anak-anak kami dengan iringan kebahagian dan kasih sayang. jadi manusia beriman dan tahu menjaga maruah. jadilah masa depan yang cemerlang dan berjaya mengagapai impian. Salam sayang untuk putera puteri kami.Nurhabibah Mohd Zali, Puteri pertama Azha Abadi. Kini dah remaja dan gambar ini di ambil ketika di tingkatan 3 ( 2008)


Kenangan Azie bersama peserta separuh akhir pertandingan public speaking tahun 2009. 8 perempuan dan 2 lelaki mencuba bakat. Semua ada kebolehan masing-masing tinggal lagi perlu masa untuk mantapkan persembahan. Saya bapa kepada Azie berbangga kerana percubaan yang baik. Doa untuk puteri villa anjung seri agar mara dan terus berjaya.



N - Puteri dan permata villa anjung seri. U- Untuk semua putera dan puteri villa anjung seri. R- Rasa kasih dan sayang mewangi setiap detik waktu. H-Harapan melangit agar kalian berjaya.A- Antara dunia dan akhirat, akhirat kekal abadi. Z- Dizaman ini kita perlukan kekebalan menentang hasutan duniawi. I- Impian pasti terlaksana dengan adanya kekebalan itu. E- Esok pasti ada cahaya iman menyelebungi kalbu kita. M- Mohonlah pada dia yakni Ilahi Rabbil Rahman Arahim. A- Antara kita tiada beza, saling kasih dan mengharap iradat ilahi. H- Harapan itu mewujudkan rasa damai, tenang dan akhirnya kita bersama semua di akhirat sana. InsyaAllah.


Photo kenangan azie bersama saudara pupunya nurifaizian dan ayie semasa di rumah nenek sebelah ibubapa villa anjung seri. Kalau dilihat betul-betul wajah ayie saling serupa dengan wajah adik saya inap serta ime suatu masa dahulu. Effa izian dan azie dari segi bentuk muka macam sama. Maklumlah mereka ni saudara sepupu. Gambar ini diabadikan pada tahun 2007. dah 2 tahun berlalu.

Read more ......
 

Powered by Blogger , created by © 2007 E-picworld and Teknosains