Khamis, 13 Ogos 2009

Dia Ibu & Bapa yang m'lahirkanku,ampuni mereka murahkan rezeki mereka.


Mak begitu cantik memakai tudung. Moga mak sihat selalu.


Wajah ibubapaku. Menyakitimu umpama tikam diriku.Maka itu aku takut derhaka.


Bapa memang tegas.Tapi hasilnya anak-anakmu semua berjaya menjawat jawatan.Tq mak & bapa.



Wanita ini adalah ibuku.. yang mengendong ku di alam rahim..
Mana mungkin aku bisa melenyapkan kata tiga abjad dicerung bibirku...
Mana mungkin sesaat aku lupakannya.. cuma kerana kini aku seorang suami, bapa kepada anak-anak.
Mana mungkin aku lupa dia ibuku cuma kerana kini aku berjawatan..
Sesibuk manapun saban hari ke jenguk mereka...
Terlapaz ungkap IBU di bibir lelaki ini..

Dulu tiada terasa tikam ketersinggungan akibat kalibat anak-anak
Sebagaimana aku dulu anak hingusan..
Ibu memanggil minta bantuan yang begitu mudah di laksanakan..
Bak kata diambil selangkah sampai hulurlah ...
Tapi sempat memaling muka, hentak kaki malas ketara..

Tika ini, isteriku seorang ibu...
Semua urusan rumahtangga di tangannya..
Sebagaimana ibuku dulu menyuap nasi ke mulut ini..
Cuma kerana ingin melihat aku cepat membesar...
Melihat kerenah anak-anak kepada isteriku..
Timbullah memeori silam yang memalukan aku sendiri...
Nah! rasakan sukarnya mendidik anak ke jalan yang diredahi..
Tersilap selangkah sejuta agaknya pincang langkah sianak..
Terslap kata..mendidik anak buruk padahnya ( jauhkan)

Ibu..
Maafkan aku,ampuni aku..
Berilah restu bagiku bina jalan bahagia bahteraku..
Bersama nafasku, jiwaku yakni isteri dan anak-anakku..
Bukan menjauh jakuhlah ikatan cinta, kasih dan sayang..
Tetapi makin mendekat ikatan itu ...
Bak seaat takakan pudar, layu,meski panas mentari takkan sirna..

Kadangkala ada insan setali pusatku di rahim ibu..
Sangsi, sangka buruk padaku...
Katanya ...dimanakah mereka anak nya ang dah bekerjaya...
Tak menjenguk ibu dan bapa di Seri Pena...
Sedang mereka sunyi tanpa perhatian anaknya..

Aduhai pedihnya di sergah begitu...
Meskipun tak ke Seri Pena tak kering doaku...
Mengiringi kemana jua ibu dan bapaku pergi..
Ya Allah ampuni dosa mereka,selamatkan mereka dari tipu daya syaitan..
Murahkan rezeki mereka..beri mereka kesihatan..
Lindungi mereka dari fitnah manusia yang juga merah darahnya..
Amin ya rabbal alamin...

Ku akui ada kesibkan kerana kerjaya ini...
Kerana ada zuriat 7 di depanku..
Seorang isteri sebilik serumah...
Ada saja urusan untuk majukan anak-anak...
Wang ringgit biarlah demimu anak...
Namun tak pernah lupa menghulur kepada ibu dan bapaku..
Aku tak malu berkata.. memang sedikit...
Darpada tiada syukurlah ada...

Kepada setali pusat denganku...
Buka minda..pandang ke depan sejauhnya...
Masa depan kita kian sama dengan ibu dan bapa...
Apa mereka rasa ... dah kita rasai..
Menangis dan ketawa bersama anak bohoglah jika tak rasa..
Justru itu apa dalihku jika ku cuba buang ibuku dalam kamus hidup ini...
Apa lagi dolakku untuk buang bapaku...
Sepatah kata aku dah cari juga tiada..
Lantas tolong...mari musahabah diri...
Lihat kelemahan pada diri sendiri...
Lihat tanggungjawab bersama kepada ibu...dan bapa..
Pahat ke hati biar guna paku diameternya lebar..
Agar tak lepas dalam jiwa raga kita..

Aku mengakui bahawa syurga ditelapak kaki ibu..
Maka percayalah...
Tiada dalam kamus hidupku..
Menjauhi ibu dan bapa kerana...
Jalan buang tanggungjawab...

Adakah...kau percaya inilah..
Hamba Allah setali pusat denganmu..
Akulah yang ibu gelar ATO...

Salam....

0 ulasan:

 

Powered by Blogger , created by © 2007 E-picworld and Teknosains