Sayalah salah seorang pencinta alam semulajadi. Melihat keindahan alam semulajadi ini, hati terpaku dan merasa amat hebat dan uniknya ciptaan Ilahi yakni Allah yang maha esa. Lihatlah sekeliling, kita akan melihat keindahan dan cantiknya bunga-bunga di mana-mana, kehijauan dan rimbunan dedaun hijau dan becorak amat menghiburkan jiwa nurani, bukit disana-sani dihiasi oleh pepohon hijau. Pohon hijauan inilah yang membekalkan kita oksigen agar dapat bernafas dengan segar setiap hari. Lantas itulah, saya pencinta alam sejak kanak-kanak, remaja dan kini telah mengusahakan projek penanaman bunga-bungaan, semata-mata mahu melihat kepelbagaian spesis bunga ciptaan ilahi. Bunga hidup umpama bernyawa, mampu berkomunikasi dengan memperlihatkan keindahan dan kesegarannya. Takakala mengeluarkan bunga hati menjadi begitu berserah. Keinsafan terasa dijiwa. Hebatnya dan kreatifnya pencipta semua di alam bumi ini. Tiada siapa yang mampu menandingi kuasa Allah. Allah memiliki segalanya. Pada hari ini, selalu saya katakan pada anak-anak ku, bahawa mencintai alam semulajadi ciptaan Allah ini adalah umpama kita membesarkan Allah, mengaggungkan Allah dan mencintai Allah yang maha kuasa. Ada kala jiwa yang sedih terubat, lupa pada kesusahan dan masalah takkala melihat keindahan bunga-bungaan di laman Villa kami Aanjung Seri.
Roda yang terbuang boleh diguna semula. Jadikan roda itu pasu dan letakkan di sudut halaman rumah yang kita sukai. Saya letakkan pasu roda dekat tangga Villa kami. Saya tanam bunga kertas dan tiga jenis bunga daun di sekeliling bunga kertas tersebut dalam pasu roda. Kini bunga tersebut hidup subur sentiasa sejak 4 tahun yang lalu, menambah seri pandangan Villa kami. Biarpun kata orang bunga itu tidak cantik, tetapi dengan sedirinya bunga itu menjadi cantik jika diberi penjagaan yang baik dan teliti, di baja, disiram dan jika mampu belailah bunga itu, kerana dengan membelai bunga kita akan merasa sentuhan luarbiasa ke naluri kita.
Tidak dapat dinafikan bahawa bunga ini cantik sekali. Katalah apa sahaja bunga ini tetap cantik dan menarik perhatian. Untuk mengeluarkan bunga, memang jenis bunga ini memakan masa yang begitu lama. Tapi sabar itu iman, kesabaran menunggu akan berhasil juga, tengoklah bunga milik Villa anjung seri ini, kebetulan cuti sekolah 2 minggu pada semester pertama ( Jun 2009) bunga ini mengeluarkan bunga yang sangat menarik. Spesis bunga ini dibeli oleh isteri saya di Kundasang Ranau. Jika di tanam di pasu juga boleh tetapi belilah pasu yang bersaiz besar agar bunga ini membiak dengan baik dan rimbun. Siram selalu dan letak baja selang seminggu. Tapi jangan hairan jika daun bunga ini sedikit kerana memang begitulah lazimnya bunga jenis ini. Saya sangat tertarik dengan corak bunga ini. Selepas 2 minggu kelopak bunga ini akan menguncup dan kering. Tunggu bunga barulah jika nak lihat bunga jenis bunga ini.
Bunga spesis orkid ini juga terdapat di laman Villa saya. Saya beli orkid jenis ini di Pekan Keningau dengan harga RM10.00. pada Desimber 2008. Saya ikat pada sabut kelapa dan saya cangkukkan atau ikatkan pada tiang kayu yang keras. Kini orkid ini berbunga. Bungnya semakin kembang sejak 09.Jun 2009. Warna bunga orkid jenis ini lembut berwarna purple muda bercapur putih keladi. Cantik dan menarik sekali. Saya sangat gembira apabila membelai bunga ini di halaman atau di taman bunga Villa milik kami. Untuk penjagaan sembur dengan air, letak baja organik amat segar ketika pagi dan sesuai diletak pada tiang agar orkid ini boleh berpaut dan membiak.
Spesis bunga kertas memang menarik. Jika ditanam di tanah, bunga kertas akan membesar dan berbunga rimbun. Di Villa saya terdapat 10 jenis spesis bunga kertas dengan pelbagai jenis daun dan warna bunganya. Saya amat suka menanam bunga kertas di dalam pasu, kerana mudah di ubah mengikut tempat yang disukai. Memang payah menanam bunga kertas pada mulanya, tetapi sebaik sahaja tumbuh dan keluar daun, penjagaan yang rapi perlu dibuat. Untuk pembungaan letak baja bunga setiap selang seminggu dan kurang kan air agar bunganya tidak cepat gugur.
Spesis bunga ini boleh dilihat di mana-mana, baik di halaman rumah, rekreasi di pekan, tepi jalanraya dan kawasan lain. Dalam pemerhatian pencinta alam, bunga ini ada banyak jenis yang sama tetapi berbeza bentuk daun dan saiz bunganya. Ada tiga jenis yang telah dikenal pasti oleh saya. Jenis pertama daun lebar hijau dan bunga warna kuning besar, daun kelihaan berkilat seolah ada lapisan minyak. Jenis kedua daun kecil tanpa kilat minyak dan bunga saiz kecil mengikut saiz daun. Jenis ketiga daun lagi kecil dan kelihatan kerinting tapi bunga tetap kuning keemasan. Satu kombinasi ciptaan Allah yang sangat luarbiasa. Lihatlah bunga ini di gambar. Saya buang ranting2 bahagian bawah dan saya biarkan ranting diatas merimbun, hasilnya bunga kuning segar dan menyerlah dari jauh, tika matahari panas memancar bunga ini tetap teguh menyerlahkan keunikannya.
Bunga yang ini mantain di villa anjng seri. Daunnya lebar bentuk love. Jarang mengeluarkan bunga. Tumbuhan jenis daun ini kalau bahasa kadazan dusun bunga sogit. Ada guna untuk ubat-ubatan. Cuma mcamana guna belum saya aplikasikan. Tapi bunga ini pernah julung kali menghias pentas atau majlis rasmi sekolah SK. Penagatan. Yang uniknya bunga jenis daun ini, tak siram tiga haripun tetap segar dan tegak daunnya. Saya sangat suka melihat bunga ini sekalipun pada daunnya, segarkan mata memandang dan ceriakan sauasana laman villa kami.
Pada 29.06.2009 Villa anjung seri mencuba memetik beberapa kuntum seperti dalam gambar. Bunga-bunga ini sedang kembang di laman villa kami. Untuk manafaatkan bunga2 tersebut saya cuba petik dan letakkan di dalam gelas kaca, letak air dan batu-batu putih. Hasilnya seperti di dalam gambar. Isteri dan anak-anak gembira melihat meja makan di dapur villa dihiasi dengan bunga-bunga hidup. Anak-anak villa memuji corak bunga dan warnanya yang merah. Sepertinya bunga-bunga hidup ini akan segar selama 3 hari. Nampaknya jika ini benar villa akan jimat belanja untuk membeli bunga plastik sebagai hiasan meja jamuan nanti. Satu idea yang menggunakan alam semulajadi yang realiti untuk menambah seri villa anjung seri.
Ini pula bunga baiduri yang kembang di laman villa anjung seri. Uniknya bunga baiduri ini ialah mempunyai pelbagai jenis warna bunganya seperti putih, merah darah, ping, warna kuning dan sebagainya. Baiduri tetap segar biarpun di letakkan di bawah mentari. Untuk penggemar baiduri elakkan dari menyiram setiap hari kerana akan merosakkan batang bung ini. Sebaiknya siram dua tiga kali seminggu atau siam pada sebelah pagi setiap hari, in bertujuan mengelakkan kerosakan bunga jenis ini.
Sama ada percaya atau tidak, inilah realiti villa anjung seri, berkaitan dengan bunga jenis orkid dalam gambar ini. Di laman villa orkid ini terpelihara walaupun kadangkala kemarau melanda. Biasa saja orkid ini, berbatang panjang dan daun panjang2. Cuma yang menarik orkid ini ialah berbunga lebat dan menyerlahkan warna putih seperti baldu berkilau. Bunga kecil seolah bentk anting-anting segitiga terkopek separuh bintang dan seolah mahkota raja. Paling uniknya bunga orkid ini ialah mengeluarkan keharuman yang sungguh harum mengalahkan wangian kasturi. Cuma yang sedihnya ketahanan wanginya bertahan sehari, bunganya akan layu apabila masuk ke 3 hari.Sekejap sahaja. Villa anjung seri tidak akan lepaskan peluang memetik 2 kuntum bunga orkid ini dan memasukkannya ke dalam poket. Harum dan segar sekali. Pemilik villa anjung seri akan berada di ruang legar haruman bunga orkid ini dalam beberapa minit sebagai menikmati wangian semulajadi ciptaan Allah. Subahanalah...
0 ulasan:
Catat Ulasan