Bersua kembali di blog Villaza, inilah keadaan wajah baru kolam hiasan di laman villa selepas ditanam beberapa spesis bunga. Gambar diambil pada 26.7.2009 jam 6 petang.
Ada 6 jenis spesis bunga jenis ati-ati pelbagai corak daun. Bunga ini digemari oleh seisi villa anjung seri. Keunikan corak warna daunnya terserlah bila diletakkan di bawah sinaran matahari. Pada sekitar jam 6 hingga 10.00 pagi kesegaran dan tenaga bunga ini masih kuat, menjelang jam 11.00pg - 3.00 ptg daunnya layu dan kurang cantik dilihat. Namun sekitar jam 4 ptg kesegarannya kembali memukau pandangan. Di Villa boleh tahan dengan lebih 10 spesis ini ditanam. Inilah kehebatan ciptaan Allah, memberi nikmat kepada pencita alam semulajadi dan
Pokok bunga berdaun panjang ini saya potong semasa cuti sekolah 2 minggu baru-baru ini. Masih segar, saya cuba masukkan di kolam dengan harapan batangnya berakar meskipun dalam air. Jika berjaya pasti ikan-ikan di kolam villa anjung seri seronok menyorok di balik pokok ini untuk berteduh dek panas matahari.
Akan saya khabarkan hasilnya.
Sabtu 21.6.2009 jam 4 petang inilah hasil sentuhan tangan hijau villa anjung seri.
Tanah hitam diletakkan di sepanjang jalan menuju kolam untuk ditanam bunga payung kobinasi warna bunga merah jambu dan putih berbutang merah. Bunga tahi ayam juga ada saya tanam di sini. Tak sabar menunggu rimbunnya bunga2 ini menghias laman villa kami.
Tanah hitam diletakkan di sepanjang jalan menuju kolam untuk ditanam bunga payung kobinasi warna bunga merah jambu dan putih berbutang merah. Bunga tahi ayam juga ada saya tanam di sini. Tak sabar menunggu rimbunnya bunga2 ini menghias laman villa kami.
Perkataan cristal guna batu-batu putih.Kelihatan juga ikan-ikan berenag-renang di dalam kolam.
diguna pakai sebagai penghias dalam kolam Villa anjung seri.
Pada masa ini koam sudah di isi ikan, air baru seang naik. Villa anjung seri seterusnya akan meletakkan batu-batu putih ke dalam kolam dengan membentuk perkataan VILLA ZA dan perkataan CRISTAL. Batu-batu putih juga akan di hias ke dalam roda. Ikan-ikan akan akan bermain-main di dalam tayar dan di celah-celah batu putih.
Jalan menuju ke kolam Villa Anjung Seri. Jalan laluan ini telah saya buat pada 13.Jun 2009. Saya telah mengambil batu-batu di mana-mana. Sepanjang laluan ini saya meletakkan pasu bunga dengan pelbagai jenis. Sementara di tepi kanan dan kiri jalanan ini saya letak batu-batu yang di kutip di sungai mapua.
Kolam hiasan di lam villa memang menjadi impian, alhamdulilah siap juga akhirnya. Pada 18.06.2009 kolam ini di isi ikan, pelbagai saiz tetapi ikan yang sama jenis. Putera-puteri Villa anjung Seri nampak sangat happy terutama Nuraliya. Melihat ikan berenang - renang mereka sangat terhibur. Syukur ya Allah engkau abulkan doa kami ini.
Walaupun kecil kolam ini, tapi saya berpuashati dapat menunaikan janji kepada anak-anak dan isteri tersayang, impian merealisasikan kolam ini akhirnya terlaksana jua.
0 ulasan:
Catat Ulasan