Khamis, 13 Ogos 2009

Putera-putera sandaran masa depan villa anjung seri.

Nurhabibah bersama Ibunya di luar Villa Anjung Seri pada 14.6.2009








Bapa dan mak mendoakan agar Bibah berjaya mencapai cita2 di dunia dan di akhirat.




Semangat positif untuk bersaing dengan orang lain adalah sebaik-baik pegangan.Apa saja usaha yang ikhlas beserta tawakal dan berserah pada Allah pasti termakbul. InsyaAllah.




Sejak 2006 hingga kini Nurhabibah, merupakan anak pertama kami bersekolah di SMA Mohamad Ali, Ranau. Saya bangga dan merasa bersyukur kerana Bibah betah di sekolah sana biarpun berjauhan dengan family. Doa yang mengiringi Bibah dan Ikmal pada setiap masa, semoga ada sinar kejayaan menanti. Di harap Bibah berusaha sebaik-baiknya, kerana dengan berbekal ilmu pelajaran Bibah dan Ikmal memperolehi ketenangan dan kebahagian di masa depan. Susah sekarang menanam padi, esok lusa menuai padi. Susah dulu masa sekarang, senang kemudian menanti kita, jika rajin berusaha dalam bidang pelajaran. Tumpuan yang sepenuhnya semasa guru mengajar amat penting, ulangkaji semua pelajaran sebaik ada masa senggang. Rebutlah peluang semasa ada kesempatan. Good luck for Bibah di SEMEKAR.




Photo ini diabadikan pada 14.6.2009 sebelum Bibah ke SMEKAR bersama ibunya.
















Sakinah Zulkifle dengan kawannya.





Senymlah selalu kerana senyum itu sedekah. Photo bib's akhir tahun 2007.




Bibah bersama teman-teman rapatnya. Sesungguhnya orang yang berjaya akan merasai manisnya rasa kejayaan itu. Good luck for Bibah n her friends.





Bib's dan sepupunya Eein, semoga berjaya mencapai cita-cita di dunia dan di akhirat.




Cerianya kawan-kawan Bibah dalam gambar ini, semoga berjaya dalam pelajaran.




Mengabadikan kenangan bersama bapa dan adik-adik di Semekar




Mengabadikan kenangan Bib's bersama Ustazah Rupiyah J di SMK A.Mohd Ali Ranau.
Nurhabibah dan Jariah. Waktu ini Bib's terima anugerah terbaik mata pelajaran B.Malaysia di tingkatan 2 2007.



cinta yang bersemi, menjalinkan kasih sayang. Pasangan yang bersatu dalam sebuah mahligai pastinya mengharapkan tangisan anak-anak dan hilai tawa riang mereka. Kami penghuni Villa Anjung Seri bersyukur pada kurniaNya dengan menganugerahkan kami 7 cahaya mata yang menyerikan rumahtangga kami. Tiada sunyi, tiapa sepi dan tiada kebisuan, yang ada ialah keriuhan mereka, tawa riang dan telatah mereka yang bernagai. Mereka ratu hati kami, permata dan yang paling jelas ialah anak-anak kami adalah permata hati dan harta paling besar nilainya. Doa dan harapan dewasalah anak-anak kami dengan iringan kebahagian dan kasih sayang. jadi manusia beriman dan tahu menjaga maruah. jadilah masa depan yang cemerlang dan berjaya mengagapai impian. Salam sayang untuk putera puteri kami.Nurhabibah Mohd Zali, Puteri pertama Azha Abadi. Kini dah remaja dan gambar ini di ambil ketika di tingkatan 3 ( 2008)


Kenangan Azie bersama peserta separuh akhir pertandingan public speaking tahun 2009. 8 perempuan dan 2 lelaki mencuba bakat. Semua ada kebolehan masing-masing tinggal lagi perlu masa untuk mantapkan persembahan. Saya bapa kepada Azie berbangga kerana percubaan yang baik. Doa untuk puteri villa anjung seri agar mara dan terus berjaya.



N - Puteri dan permata villa anjung seri. U- Untuk semua putera dan puteri villa anjung seri. R- Rasa kasih dan sayang mewangi setiap detik waktu. H-Harapan melangit agar kalian berjaya.A- Antara dunia dan akhirat, akhirat kekal abadi. Z- Dizaman ini kita perlukan kekebalan menentang hasutan duniawi. I- Impian pasti terlaksana dengan adanya kekebalan itu. E- Esok pasti ada cahaya iman menyelebungi kalbu kita. M- Mohonlah pada dia yakni Ilahi Rabbil Rahman Arahim. A- Antara kita tiada beza, saling kasih dan mengharap iradat ilahi. H- Harapan itu mewujudkan rasa damai, tenang dan akhirnya kita bersama semua di akhirat sana. InsyaAllah.


Photo kenangan azie bersama saudara pupunya nurifaizian dan ayie semasa di rumah nenek sebelah ibubapa villa anjung seri. Kalau dilihat betul-betul wajah ayie saling serupa dengan wajah adik saya inap serta ime suatu masa dahulu. Effa izian dan azie dari segi bentuk muka macam sama. Maklumlah mereka ni saudara sepupu. Gambar ini diabadikan pada tahun 2007. dah 2 tahun berlalu.

0 ulasan:

 

Powered by Blogger , created by © 2007 E-picworld and Teknosains