Salam sejahtera semua blogger-bloger yang kreatif. Diruangan ini, saja saya kongsikan bersama anda diluar sana selain my family tentang perkara-perkara yang baik serta yang lucu dalam kehidupan seharian Villaza.
Kadangkala dalam setiap komunikasi sosial, sama ada antara kawan-kawan,orang dewasa,orang tua, remaja atau kanak-kanak secara spontan akan ada sesuatu pertanyaan yang bagi saya satu pertanyaan yang agak kreatif dan rasa ingin tahu itu tinggi maka kita diajukan pertanyaan demikian. Saya akan cuba menjawab jika saya ada terus idea yang agak kreatif juga jawapannya, jawapan ringkas tetapi mengena dan diakui oleh sidia yang bertanya. Inilah maksud ruangan bicara saya "apakah benar bak dikata dan anda bagaimana" seolah mengajak anda berfikir sejenak untuk musahabah diri kita sendiri. Andai itu ilmu kita syukuri bersama, kerana kemungkinan situasi pertanyaan tersebut juga akan berlaku pada anda, maka ada jawapan yang dikongsi di sini untuk jadi sedikit panduan, oyes!.Cuba kita paparkan satu pertanyaan kawan sekursus saya semasa di PKG Keningau, Sabah suatu masa lalu.
Villaza : Tengok bunga-bunga tu cantik dan pelbagai corak daun-daunnya bunga-bunganyapun pelbagai warna, menarik sekalibah.
Kawan 1 : Eh!biasa orang pompuan yg suka bunga tau, awak suka sangat bunga, tentu banyak bunga di rumah kau?
Villaza: banyak sekali bunga saya tanam. Oh! bagi saya orang lelakilah yang kena berkebun, termasuk menanam bunga, kerana orang pompuan ni kerjanya di dalam rumah, diam di rumah untuk masak,dan bbanyak lagilah kerja mereka tu.(sambil ketawa)
Kawan 1: ( tersenyum melihat saya dan matanya seolah setuju kata-kata saya)
Kawan 2: Daripada tanam bunga bagus lagi tanam buah-buahan bah!
Villaza: hehe! pokok-pokok buahan jugalah termasuk saya tanam, takkan dekat tangga rumah kita tu, kita tanam pokok buah seperti mangga, kan sesuai tanam bunga yang tumbuh sementara tetapi mengeluarkan bunga yang menarik, ia beri kita kesegaran udara.(sambil ketawa)
Kawan 1& 2: (tersenyum dan ketawa kecil)
Bagaimana, adakah benar pendapat saya tu, terserah pada kita semua.Salam.
Situasi 2 saya berada di laman Villa kami, tanpa disedari saya terperasan tiap kelopak bunga yang sedang kembang eeh! kebanyakan sebanyak lima kelopak seperti 5 kelopak Flower Nations kita.( bunga raya). Lalu anak saya Azie ( 12 tahun) bertanya.
Azie : Eh! kenapa bapa asyik kira kelopak bunga-bunga bapa tu, bapa ni asyik-asyik siram bunga saja bah waktu pagi, mama panggil masuk sarapan.
Villaza : Yeka.. azie! oh..bapa hairan lah selama ini dah 5 tahun kita di Villa ni, bunga-bungapun ada seumur rumah kita, tapi bapa baru nampak kebanyakan kelopak bunga ada lima kelopak tau, eh..eh tengok ni azie yang ni pun lima juga kelopak!!
Azie : ( berlari rapat dengan dadnya) Ya kan.. cantiknya.. jadi kenapa bapa hairan kah? bapa bapa ....
Villaza : Seolah ada maksud kelopak bunga tu lima ba azie? Bapa baru sedar dari ceramah, pembacaan bapa, melalui khutbah jumaat, hari KIAMAT diramal kan akan berlaku pada hari Jumaat.Jumaat tukan hari lima nomborganjil kan azie!
Azie : Ya..ustazah dan ustaz kami di kafapun kata begitu.
Villaza : Inilah bukti kebesaran Allah, bapa suka sangat bungaan ni kerana melihat keunikan dan kecantikan bungaan tu bapa sedar kehebatan Allah melebihi kita, apa saja di dunia ini dicipta olehNya.
Azie : ( terdiam dan seolah berfikir)
Di sini, dalam pebualan antara bapa dan anak ada ilmu yang membawa kesedaran. Saya mengingatkan diri saya dan anak saya sendiri. Ada juga saya bertanya kepada kawan sepejabat Ustaz Sallehudin Rusinin, hal bunga kebanyakan kelopaknya lima. Ustaz kata Kiamat berlaku pada hari ganjil Jumaat. Subahanallah.
Situasi 3 Ketika mesyuarat Kurkulum di SKPK pada Julai lalu. Selaku guru juga ibubapa kepada salah seorang calon UPSR 2009 di SKPK, saya rasa saya ada hak bersuara apabila semangat SKPK tuk naikkan prestasi atau peratus lulus UPSR tahun ini.
Villaza : Terima kasih atas peluang bercakap dalam hal-hal lain.Saya mohon agar dijelaskan keadaan sebenar murid menjawab soalan peperiksaan UPSR adakah masih dwibahasa? Jika demikian bolehkah saya minta agar anak saya dibenarkan menjawab soalan teras subjek guna BM.Sebab 2012 PPSMI tu akan dimansuhkan.
Rakan setugas 1 : hal ini guru-guru sains dan matematik kena tanya.
Rakan guru 2 : Boleh tu boleh tetapi mereka dah biasa sejak di tahun 1 hingga ke tahun 6 jawab dalam BI.
Villaza : Jika masih dwibahasa rasanya tak salah jika kita tegaskan kepada murid yang lemah BI untuk memilih menjawab soalan teras UPSR dalam BM, dengan itu kemungkinan peratus lulus murid akan meningkat tahun ini. Saya dah nekad akan suruh anak saya nanti jawab dalam BM.( beberapa rakan guru memandang saya dan seolah setuju)
Rakan guru 3 : Saya hadir ke taklimat pengisian data berkenaan UPSR baru-baru ni, dalam borang tu sekolah diminta memilah menjawab dalam BI atau BM, jadi saya pilih BM.
Semua guru terdiam seketika. Pada saya apalah guna soalan dalam dua versi bahasa jika masih nak baca soalan BI sedangkan mati-matian murid tertentu tak faham-faham.Silalah baca soalan dalam BM untuk mudakan pemahaman dan cepat dapat jawapan. Rasanya tak salah tu kerana kita masih terapkan usaha untuk membakar semangat murid untuk terus pelajari ilmu dalam BI. Beberapa minggu selepas mesyuarat alhamdulilah anak saya di tahun 6 Bijak ada peningkatan kerana dalam ujian pecutan dia dah mendapat A sains, B matematik, A Bahasa Inggeris dan A BM penulisan dan B pemahaman baru-baru ini.Fikirkanlah langkah untuk memilih BM jawap soalan adalah jalan bijak bagi murid yang sederhana dan lemah BI.
Situasi 4. Situasi ini juga berlaku di laman villaza. Dimana saya bersama dengan seorang murid bernama Syafiq Imran( Ketua murid SKPK)dia dan rakan-rakan datang berkunjung ke villaza petang selepas sekolah melihat kumpulan anak villaza berlatih menyanyi lagu BI secara kumpulan.
Villaza : Saya dengar kamu sedang mencintai seorang wanita, betulkah?
Syafiq Imran : Eee tak adalah ( sambil melihat kearah villaza)
Villaza : Macamana pula tak betul ni Syafiq!
Syafiq Imran : ( Diam sejenak sambil melihat villaza siram bungaannya) mana boleh ,macam tu.
Villaza : Tapi kita harus menjadi pencinta wanita tau! Syafiq.Bagi saya wajib kita mencintai wanita ni.Jadi kamu betul-betul tak mencintai wanita?
Syafiq Imran : Yalah..( memandang hairan kearah villaza)
Villaza : Beginilah Syafiq! mak kamu tu wanitaka apa?
Syafiq Imran : Seorang wanitalah.
Villaza : Jadi kamu harus mencintai dia, dia ibu kamu yang melahirkan kamu ke dunia nyata. Susukan kamu dan jaga kamu hingga ke ari ni. Betulkan macam tu.
Syafiq Imran : ( menggaru-garu kepala dengan mata setuju melihat villaza)
Ha.. ni bertujuan menguji murid dalam lingkungan 12 tahun, apakah soalan KBKK yang sederhana ini boleh atau gagal dijawab dek terperangkap soalan seolah mengorek rahsia murid. Soalan ini juga ada saya tujukan kepada anak saya yang berumur 11 tahun, dia gagal menjawab. Di sini kita berpeluang kepada kanak-kanak, atau anak sendiri perjelaskan kedudukan wanita atau ibu yang melahirkan kita. Wajib ditaati hingga bila-bila, kerana seburuk manapun ibu kita,dia tetap ibu kandung kita. Sayangi ibu insyaAllah syurga ganjaran Allah. Salam..
0 ulasan:
Catat Ulasan