Khamis, 13 Ogos 2009

Harum kembang bungaan di laman villaza




Assalamualaikum... jika ada pengunjung selain my family, saya ucapkan ribuan terima kasih. Tiada ilmu dalam blog ini, cuma paparan gambar an realiti kehidupan keluarga penghuni villa anjung seri di kaki bukit indah alan Mapua, Keningau. Jika ada ilmu itu semua mengikut tafsiran tiap individu. sesuatu yang saya banggakan ialah, tanpa disedari bunga-bunga dilaman villa kami pada 19.06.09 telah menambah seri hiasan pentas SK. Penagatan semasa pertandingan public speaking peringkat ZP. Saya tanpa merasa malu menyumbang bunga pasuan dari jenis ati-ati dan bunga jenis pakis berdaun halus membawa bunga ke sekolah untuk hiasan pentas. Ternyata pentas bulat menjadi indah mata memandang apabila kombinasi bunga-bungaan ini di letak di sudut pentas bercerita.





Pada saya, kepuasan berbakti kepada bumi tanah, menyemai tanaman hijau amat menyoronokkan. Kiranya ia satu kerja yang sangat berfaedah dan mengisi masa lapang sekaligus kita dapat menanam sikap cintakan alam semulajadi. Kerja ini bukan menuntut masa yang banyak, jika ada masa sekitar 10 minit atau 30 minit sudah cukup sesuai untuk kerja menyiram dan gemburkan tanah di pasuan. Saya penggemar bunga-bungaan dan pencinta alam, memang suka menanam bunga di dalam pasu yang pelbagai saiz mengikut jenis bunga. Ada orang senyum, dan berkata kenapa tidak tanam di tanah terus, saya suka tanam di pasu kerana pasu bunga itu mudah dialihkan. Dah puas di tempat lama kita alihkan pula di tempat yang baru serta nampak cantik mata memandang. Saya bukan saja penggemar bunga tetapi ada pelbagai pokok buahan yang ada antara lain mula di akan buahnya khusus untuk my family.Pokok buah yang palig saya sayang ialah pokok limau purut dan pokok limau kasturi. Baunya harum semerbak. Yang anihnya my limau purut tak henti-henti berbuah lebat. Tapi semua itu kuasa Allah.





Anak kecil kami dah pun 5 tahun, dah pandai angkat air siram bunga bantu saya. Apa tidaknya sambil gendung dia dulu sambil tanam bunga. Sekarang ni dia pandai tanam bunga pula di pasu-pasu kecil. Apapun itu saya ketua rumah villa anjung seri. Saya percaya anda semua ada hobi masing-masing. Saya memang tak larat jalan jauh, rasa penat dan payah naik bukit tuun bukit seperti kawan-kawan lain yang gemar pergi memancing dan memburu. So, nak keluarkan peluh ankat tanah, angkat batu-batu yang cantik terutama yang putih, tebas rumput dan lain-lain akan saya lakukan pada bila-bila masa. sebelum ke tempat kerja tak sah jika tak ke taman bunga dulu, sambil tunggu isteri siap berpakaian ke tempat kerja sempat saya sembur air pada bunga-bungaan kami. Sebelum makan tengahari juga sempat buang rumput di pasu, letak baja dan siram mana yang kering. Tak terbuang masa, sesekali bila rehat di kebun bunga villa anjung serilah tempat membuang masa denganpelbagai kerja yang amat menyoronokkan saya dan juga anak-anak.





Kepada yang terhibur, ada manafaat di blog Villa anjung seri silakanlah jadikan panduan, rumah biasa jika ada bunga yang dijaga baik berseri beb! tak percaya.. cubalah..hari ini. Namun terpulang kepada minat masing-masing, itu realitinya.





Hiasan pentas SKPK semasa tuan rumah public speaking 19.06.2009.


Bunga-bunga hidup milik Villa anjung seri menmabah seri hiasan ini.




Pandangan ruang jalan taman bunga Villa Anjung Seri 2009





Inilah bunga Balung berwarna merah, bentuknya unik dan menarik.



Salah satu jenis spesis bunga di halaman Villa Anjung Seri. Cantik, menarik dan segar mata memandang.





Tentu ramai yang tidak percaya jika saya katakan bahawa baru-baru ini semua spesis bunga daun ini mengeluarkan bunganya. Memang jarang bunga ini keluarkan bunga. Tapi sejak 23.06.2009 bunga di villa anjung seri telah mula kembang. Bunganya warna putih berbentuk star. Kebetulan saja, pada 25.06 hari gaji. So, dalam hati berkata, kebetulan ja bunga ini berbunga time villa anjung seri terima gaji bulan ini. Sebab kata orang bunga ini bawa nasib.

Bersua kembali di ruang harum kembang bunga di taman villaza. Pilihan kali ini ialah sejenis bunga jangka pendek yang di namakan sebagai bunga itik menurut gelaran orang kampung. Kadang kala bunga ini menyerlahkan kecantikannya apa bila di letak di bawah sinar mentari. Saya lihat boleh berubah warnanya, begitu gah dan bertenaga meskipun panas matahari memancar. Di villaza bunga ini liar disana-sini, serta tumbuh bibit baru di pasu-pasu. Satu hari saya tanam di pasu bunga saiz besar. Rupanya bunga itik ini boleh membesar dan mengembangkan ranting-rantingnya serta tak henti mengelarkan bunganya yang unik. Lihatlah pada gambar ini yang di rakam pada 12.07.2009. Bunga ini juga unik pada bentuk serta pelbagai warna bunga seperti purple, pink,putih, merah dan kuning. Bagaimana adakah anda tertarik.

Spesis bunga ini tidak kurang menariknya. Tetap menjadi penyeri laman villaza. Untuk landskap ini memang sesuai di tanam di tanah, bukan di pasu. Bunga ini menjalar dan perlu tanah yang benar-benar subur. Ketika ini di villaza bunga jenis ini sedang kembang bunganya, tidak putus-putus keluarkan bunga. Orang gelar bunga ini bunga pukul 9 kerana tepat jam ini, bunga-bunga spesis ini benar-benar kembang dan sangat menarik, apa lagi dengan gabungan bunga dari warna yang aneka jenis. Unikkan. Subahnnallah itulah ciptaan ilahi. Namun harus diketahui tepat jam 2 petang bunga ini akan kuncup dan tidak lagi menarik pandangan.

0 ulasan:

 

Powered by Blogger , created by © 2007 E-picworld and Teknosains